Business Address
Pulau Warisan Kampung Cina 20400 Kuala Terengganu
Memulakan perniagaan pada 9/8/2019 hampir 6 tahun lepas. Hanya dengan kuasa viral dan mulut ke mulut kami dapat meneruskan perniagaan sehingga kini. Tidak pernah mengeluarkan wang ringgit untuk medial sosial dan sebarang pemasaran.
Bermula dengan kanopy sebagai penjaja di pulau warisan sehingga bertapak di sebuah premis juga di pulau warisan sekarang. Menariknya ditempat kami pelanggan boleh makan secara bersila diatas tikar secara santai dan tempat terbuka serta dapat menghirup udara segar ditepi sungai.
Nasi lemak yang diberi nama nasi lemak bunian kerana ianya dibalut dengan telur supaya tidak nampak nasi lemak tersebut.
Mempunyai 15 jenis lauk pauk mengikut pilihan dan selera serta terkenal dengan sambal yang pedas-pedas manja.
Pulau Warisan Kampung Cina 20400 Kuala Terengganu
PPPMM/TG/00003/21
Pulau Warisan, Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu 20100, Malaysia